Anda disini
Home > Bahasa Malaysia > 5 Pembedahan Plastik Paling Popular di Malaysia

5 Pembedahan Plastik Paling Popular di Malaysia

Pembedahan Plastik Popular di Malaysia

Senarai 5 Pembedahan Plastik Paling Popular di Malaysia

Permintaan terhadap pembedahan plastik di Malaysia telah meningkat pada kadar yang mendadak. Banyak Klinik dan Pusat Perubatan Pembedahan Plastik kini beroperasi di Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang ini. Walaupun adanya rawatan estetik tidak invasif, beberapa pembedahan kosmetik yang konvensional masih kekal menjadi pilihan popular. Walaupun kita tiada kajian tempatan untuk  mengenal pasti jumlah kes pembedahan plastik di Malaysia, kami percaya bahawa populariti pembedahan plastik di Malaysia agak sama dengan trend global. Berikut adalah senarai bagi 5 Pembedahan Plastik yang paling Popular di Malaysia.

#5: Pembedahan Plastik Paling Popular di Malaysia | Lower Blepharoplasty (Pembedahan Eyebag)

Apabila kita semakin berusia, perubahan kepada kulit, lemak, otot dan tulang sekeliling mata menyebabkan terjadinya eyebag. Perubahan ini menyebabkan kami kelihatan lebih tua dan wajah yang nampak letih sepanjang masa. Walaupun terdapat teknik-teknik kurang invasif untuk merawat eyebag, pembedahan eyebag (Lower Blepharoplasty) masih menjadi pilihan popular kerana keberkesanannya. Walaupin pembedahan ini perly 4-6 minggu untuk pemulihan yang sepenuhnya, kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan ini dapat meneruskan aktiviti harian secara biasa selepas kira-kira 1 minggu selepas pembedahan. Pembedahan lower blepharoplasty kekal menjadi salah satu pembedahan plastik popular di Malaysia.

#4 Pembedahan Plastik Paling Popular di Malaysia | Liposuctions

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kes Obesiti yang amat tinggi. Maka, adalah tidak mengejutkan bahawa liposuction adalah salah satu daripada pembedahan plastik yang paling popular di Malaysia. Liposuction atau Lipo adalah satu prosedur dimana pakar bedah menyedut lemak berlebihan daripada bahagian tubuh untuk memulihkan lengkung cantik badan kita. Lelaki secara umumnya menjalani liposuction untuk menyingkirkan gynecomastia (payudara lelaki) manakala wanita menjalani rawatan ini untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan menarik. Tidak kira apa dorongan anda untuk melakukan pembedahan liposuction, pastikan anda membuat konsultasi dengan doktor yang bertauliah dan terlatih dalam bidan liposuction. 

#3 Pembedahan Plastik Paling Popular di Malaysia | Pembedahan Plastik Payudara 

Pembedahan pembesaran payudara adalah antara pembedahan plastik yang popular di Malaysia. Pembedahan patu dara boleh dilakukan, sama ada menggunakan implan atau pemindahan lemak. Terdapat beberapa sebab-sebab yang mendorong seseorang wanita untuk memilih pembedahan payudara. Selain keinginan untuk mencapai rupa bentuk fizikal yang lebih besar, kebanyakan wanita memilih prosedur pembesaran payudara sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri Sesungguhnya, setiap wanita mempunyai hak untuk berasa yakin dengan penampilan beliau. Walau bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk pembesaran payudara, adalah penting anda dapat nasihat dari pakar bedah plastik yang sah.

#2 Pembedahan Plastik Paling Popular di Malaysia | Rhinoplasty (Pembedahan Hidung)


Berikutan kebangkitan budaya K-POP, pembedahan Rhinoplasty, atau “pembedahan plastik hidung” telah mendapat banyak sambutan yang mendadak. Ramai rakyat Malaysia inginkan hidung lebih menonjol, yang sering dilihat sebagai satunya ciri-ciri pada muka yang menarik. Pembedahan rhinoplasty boleh dijalankan sama ada dengan menggunakan implan silikon atau mengunakan tulang rawan pesakit sendiri. Walaupun ini adalah satu prosedur yang mudah, terdapat juga risikonya. Oleh itu, pastikan anda berbincang dengan seorang pakar bedah yang bertauliah sebelum melakukan prosedur ini.

#1 Pembedahan Plastik Paling Popular di Malaysia | Upper Blepharoplasty (Pembedahan Kelopak Mata)


Tidak dapat dinafikan bahawa, pembedahan kelopak mata atau upper blepharoplasty adalah pembedahan plastik yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Pembedahan ini secara tradisinya adalah untuk merawat kulit kelopak mata yang longgar yang boleh mengakibatkan penghalangan kepada visual kita. Walau bagaimanapun, pembedahan ini sekarang biasanya digunakan untuk mengubah apa yang dikenali sebagai “monolid” kepada “double eyelid”. Ianya lebih dikenali sebagai pembedahan “double eyelid” atau “Asian Blepharoplasty”. Pakar bedah yang terlatih boleh menggunakan beberapa teknik pembedahan untuk membina kelopak mata yang berganda “Double eyelid”. “Double eyelid” membuat mata seseorang kelihatan lebih besar dan lebih cantik. Walaupun prosedur ini nampaknya mudah, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar bedah yang terlatih dan bertauliah supaya anda dapat mengurangkan risiko pembedahan. 

rujukan:

  1. American Plastic Society – Plastic surgery Statistics Report 2017 (05/08/2018)
Top