Rawatan Estetik Paling Popular di Malaysia
Populariti rawatan estetik di Malaysia telah meningkat dengan ketara kebelakangan ini. Kemajuan pesat telah berlaku dalam bidang perubatan estetik, dan ini telah menyaksikan pengenalan pelbagai rawatan estetik yang bertujuan mengatasi tanda-tanda penuaan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar orang ramai tidak sedar tentang rawatan-rawatan yang sedia ada. Walaupun tiada data khusus untuk menunjukkan rawatan estetik yang paling popular di Malaysia, kami berpendapat bahawa trend ini adalah agak serupa di peringkat global. Dengan merujuk kepada data daripada laporan 2017 yang diterbitkan oleh Persatuan pembedahan plastik Amerika Syarikat. Berikut adalah apa yang kami percaya untuk menjadi 5 Rawatan Estetik yang Paling Popular di Malaysia.
#5:Rawatan Estetik Paling Popular di Malaysia | Microdermabrasion
Microdermabrasion adalah rawatan amat biasa antara semua rawatan estetik di Malaysia. Sering diumpamakan sebagai “pempelasan” lapisan paling atas kulit. Ia adalah salah satu prosedur untuk merawat jeragat, kulit kusam, warna kulit tidak sekata dan memperbaiki tekstur kulit. Penyingkiran lapisan paling atas kulit membenarkan sel-sel kulit baru dan licin untuk menganti kulit yang lama, maka kulit nampak lebih sihat dan rasa lebih lembut. Rawatan ini adalah selamat, selesa dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Walau bagaimanapun, microdermabrasion boleh menyebabkan perubahan warna yang tidak diingini atau parut untuk individu yang mempunyai kulit yang gelap. Oleh itu, ia adalah penting supaya rawatan ini dilakukan oleh pengamal perubatan yang terlatih dan Bertauliah. Pemeriksaan kulit yang rapi patut di lakukan sebelum menjalankan rawatan.
#5:Rawatan Estetik Paling Popular di Malaysia | Laser (Hair Rmoval)
Penyingkiran rambut yang tidak diingini boleh bukanlah senang. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara penyingkiran rambut yang anda lakukan sekarang, penyingkiran rambut laser mungkin menjadi penyelesaian muktamad anda. Rawatan penyingkiran rambut laser adalah antara Rawatan estetik yang popular di negera Amerika Syarikat. Begitu juga di Malaysia, rawatan laser penyingkiran rambut adalah antara rawatan estetik yang sangat popular. Rawatan penyingkiran rambut melalui laser menawarkan beberapa kelebihan berbanding teknik konvensional yang sedia ada. Walau bagaimanapun, ia mempunyai risiko tersendiri jika rawatan tidak dilaksanakan dengan betul. Oleh itu, anda perlu benar-benar menyemak kelayakan doktor dan ahli terapi yang menjalankan prosedur anda.
#3: Rawatan Estetik Paling Popular di Malaysia | Chemical Peeling
Salah Satu daripada rawatan estetik yang popular di Malaysia adalah rawatan Chemical Peel. Rawatan ini adalah tidak invasif dan senang dilakukan. ia dapat meningkatkan qualiti kulit dan memperbaiki tekstur kulit. Ia sering kali dilakukan untuk merawat jerawat, parut jerawat dan pelbagai masalah kulit berjeragat. Terdapat pelbagai ejen di pasaran khusus untuk rawatan chemical peel. Prosedur ini agak mudah dilakukan dan keputusannya agak baik. Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan oleh pengamal perubatan yang terlatih untuk mengelakkan sebarang komplikasi daripada belaku. Pesakit yang menjalani rawatan ini akan mengambil masa beberapa hari untuk pemulihan, bergantung kepada kedalaman chemical peel yang dilakukan. Walaupun begitu, chemical peel tetap menjadi rawatan estetik yand popular.
#2: Rawatan Estetik Paling Popular di Malaysia | Pengisi Kulit (asid Hyaluronic)
Semakin kita berusia, secara semula jadinya, muka kita kehilangan isipadu. Kita kelihatan lebih tua dan tidak bermaya. Pipi yang berisi, kulit yang licin dan bibir yang cantik bukan lagi di dalam mimpi. Dengan pengisi kulit, anda boleh menjadikan ini satu realiti dalam hanya beberapa minit. Pengisi kulit atau lebih dikenali sebagai derma fillers, adalah semakin popular di Malaysia. Dengan kedatangan pengisi kulit yang mengunakan asid hyaluronic, produk pengisi kulit zalam moden adalah sangat selamat dan keputusan daripadanya adalah lebih semula jadi. Jika wajah anda kelihatan tua dan letih serta kulit tidak mermaya, anda patut membuat konsultasi dengan doktor estetik anda dan mengenal pasti jika pengisi kulit adalah sesuai untuk anda.
#1: Rawatan Estetik Paling Popular di Malaysia | Rawatan Toksin (Botox®, Dysport®, Xeomin®)
Sering dianggap sebagai asas perubatan estetik, rawatan toksin adalah rawatan estetik yang terkenal dan paling popular, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Ia merupakan kaedah yang terbaik di pasaran hari ini untuk menghilangkan kedukan atas muka. Rawatan Toksin adalah satu rawatan yang mudah dan boleh dilakukan dengan cepat oleh seorang doktor yang terlatih. Walaupun rawatan ini mudah, pastikan ia dilakukan oleh pengamal yang bertauliah dan berpengalaman. Bukan sahaja hasil rawatan yang lebih baik tetapi anda juga boleh mengelakkan diri daripada komplikasi rawatan toksin yang tidak dikehendaki.
Rujukan: