Klinik Pakar Kulit dan Estetik Terbaik di Malaysia
3 klinik Pakar Kulit Estetik Terbaik dan Terkenal di Malaysia
Kelihatan cantik dan mempunyai keyakinan diri adalah setaraf dengan mempunyai kesihatan yang baik. Ini bererti klinik pakar kulit estetik adalah penting sebagai mana klinik perubatan yang lain. Malaysia kini mempunyai banyak klinik pakar kulit estetik dan adalah menjadi satu kesukaran untuk kami memilih klinik yang terbaik untuk merawat masalah estetik dan masalah kulit yang kami hadapi. Terdapat banyak klinik pakar kulit estetik yang popular di Malaysia, terutamanya di sekitar kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kami ingin memperkenalkan 3 klinik pakar kulit estetik yang terbaik dan terkenal di Malaysia.
Klinik Pakar Kulit Estetik Terbaik dan Terkenal di Malaysia
PUSAT PERUBATAN PAKAR KULIT DR KO & KLINIK DR KO (MALAYSIA)
Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dato’ Dr. Ko Chung Beng, pakar perunding dermatologi. Pusat Perubatan Pakar Kulit DR KO adalah antara perintis dalam industri perubatan estetik di Malaysia dan salah satu klinik kulit estetik yang paling popular di Malaysia. Klinik Pakar Kulit DR KO adalah diiktirafkan sebagai salah satu pusat laser, estetik dan dermatologi yang terkemuka di Asia. Ia mendapat Amanah dari pakar perubatan dan klien. Ia telah diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records, sebagai Pusat Pakar Kulit, Estetika dan Laser yang Terbesar di Malaysia,
DR KO mempunyai 30 Pusat di seluruh negara. Diketuai oleh Dato. Dr. Ko Chung Beng, dan dengan lebih daripada 20 pengamal perubatan estetik yang diperakui LCP, Pusat Pakar Kulit Estetik DR KO telah menyediakan pelbagai perkhidmatan khusus dalam bidang dermatologi, estetika, pembedahan kosmetik dan pemulihan rambut. Pusat Pakar Kulit DR KO sering merupakan klinik yang pertama untuk memperkenalkan teknology baru dalam rawatan kulit dan estetik ke Malaysia. Tidak syak lagi, ia merupakan antara Klinik Kulit estetik yang terbaik di Malaysia.
Alamat: Pusat Pakar Kulit DR KO, 10A-22A, Jalan Temoh, off Jalan Goh Hock Huat, 41400 Klang, Selangor.
Telefon: 03-3343 3140 | 1800 22 33 22
Laman Web: www.koskinspecialist.com
Klinik Pakar Kulit Estetik Terbaik dan Terkenal di Malaysia
PUSAT PERUBATAN BEVERLY WILSHIRE
Ditubuhkan pada 2012, Pusat Perubatan Beverly Wilshire adalah sebuah pusat perubatan Premium yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Pusat Perubatan Beverly Wilshire menyediakan perkhimatan pakar kulit estetik, pembedahan kosmetik, pergigian dan pemulihan rambut. Pusat Perubatan Beverly Wilshire telah dianugerahkan pelbagai anugerah, antaranya Anugerah Perubatan Pelancongan 2018: Klinik Pembedahan Kosmetik Antarabangsa Tahunan dan Frost & Sullivan Malaysia: Pusat Estetik Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016.
Beverly Wilshire Medical Centre kini mempunyai 3 Pusat yang terletak di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bharu, serta satu klinik pergigian di Kuala Lumpur. Pusat Perubatan Beverly Wilshire merupakan sebuah pusat perubatan yang berjenama dan mendapat kepercayaan dalam rawatan estetik untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.
Alamat: Tingkat 6, 8 & 9, Kenanga Tower, No. 237, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2118 2888
Laman Web: www.beverlywilshiremedical.com
Klinik Pakar Kulit Estetik Terbaik dan Terkenal di Malaysia
Klinik IDO
Antara Klinik Estetik yang terkenal di Malaysia, Klinik Ido menawarkan penjagaan kulit dan penyelesaian estetik kepada pelanggan mereka. Diterajui oleh sekumpulan doktor yang berpengalaman dan berkelayakan tinggi, Klinik IDO menyediakan rawatan yang lengkap dalam bidang perubatan estetik, laser dan produk-produk kosmeseutikal.
Kini mengendalikan sebanyak 8 Klinik di seluruh Malaysia; 3 Klinik di Johor, 4 Klinik di Selangor dan Pusat 1 di Pulau Pinang, klinik IDO ini terkenal dengan perkhimatan yang mengutamakan pesakit dan kecemerlangan klinikal dalam bidang laser, penjagaan kulit dan prosedur estetik perubatan. Klinik IDO memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menyediakan penjagaan peribadi kepada setiap pelanggan pada kos yang berpatutan.
Alamat: No. 19, Jalan Persiaran Flora Utama, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 012-728 8992
Laman Web: www.idosclinic.com
Klinik Pakar Kulit Estetik Terbaik dan Terkenal di Malaysia | Rumusan
Populariti seseorang doktor tertentu atau klinik boleh dipengaruhi oleh pemasaran dan pengiklanan dalam talian dan luar talian. Walau bagaimanapun, populariti tidak sentiasa diterjemahkan kepada quality sesebuah klinik estetik tertentu. Pengalaman seseorang pelanggan adalah subjektif. Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis MalaysiaAesthetic.com berasaskan kajian web dan pengalaman peribadi. Walau bagaimanapun, klinik-klinik yang disebutkan adalah klinik terkenal dan sah di Malaysia.
Terdapat banyak lagi Klinik Kulit Estetik di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kami senaraikan beberapa klinik kulit estetik di Malaysia. Maklum bahawa, senarai ini bukanlah senarai lengkap klinik kulit estetik di Malaysia.
- Klinik O2
- Klinik DaVinci
- Klinik Premier
- Klinik clique
- Klinik RX
- Klinik M.A.C.
- Klinik M
- Klinik Dr. Inder
- Klinik Dr. Abby
- Klinik ARC
- ME klinik estetik
- Klinik Gem
- Klinik Renée
- Dr. Lynn Clinic
- Klinik Sloane
- Klinik Beaulife
- Klinik Rachel Chew
- Klinik kulit dan Laser MJ
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan estetik di Malaysia, kami mencadangkan anda mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan yang bertauliah dengan LCP dalam perubatan estetik. Untuk memahami lebih lanjut mengenai LCP dan bagaimana untuk mengenal pasti klinik estetik perubatan yang sah, sila rujuk Pengenalan kepada bidang perubatan estetik di Malaysia