Anda disini
Home > Bahasa Malaysia > Perubatan Estetik Malaysia

Perubatan Estetik Malaysia

Perubatan Estetik di Malaysia

Perubatan Estetik di Malaysia | Apakah itu perubatan estetik

Perubatan estetik adalah satu terminologi yang merangkumi segala amalan perubatan meliputi berbilang disiplin yang bertujuan untuk mencapai keseimbangan dari aspek fizikal dan psikologi melalui modalitas terapi yang non-invasif, invasif minimal atau invasif. Semua modalitas tersebut adalah berdasarkan dan disokong dengan bukti saintifik perubatan terkini. Rawatan perubatan estetik bertumpu pada anatomi dan fisiologi serta struktur asas kulit. Matlamat utama rawatan ialah untuk mengubah penampilan kulit yang biasa atau “normal” (bebas daripada penyakit) supaya memenuhi kepuasan pelanggan. Hanya pengamal perubatan berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa prosedur estatik di Malaysia.

Perubatan Estetik di Malaysia | Siapakah yang dibenarkan untuk melaksanakan prosedur estetik di Malaysia?

Secara tradisi, kebanyakan prosedur estetik adalah dilaksanakan oleh jurusolek, juru terapi atau doktor asing yang digajikan oleh pusat kecantikan tempatan. Kaedah tersebut membawa risiko yang berbahaya kepada orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan perubatan estetik. Masalah yang dihadapi ialah kebanyakan jurusolek atau juru terapi tidak mempunyai pengetahuan atau latihan yang memadai untuk melaksanakan prosedur atau mengenali dan menangani potensi komplikasi yang mungkin timbul disebabkan oleh rawatan. Penggunaan doktor asing dalam pelaksanaan prosedur estetik membawa risiko yang sukar dibayangkan atas sebab kecenderungan pengamal perubatan asing dalam menawarkan rawatan yang lebih invasif seperti “facelift”, “liposuction”, pembedahan kening dan kelopak mata. Bukan sahaja kebolehpercayaan doctor asing tersebut diragukan, malahan prosedur estetik sering dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak steril seperti bilik hotel atau pusat kecantikan. Persekitaran sebegini meningkatkan risiko jangkitan dan kejadian komplikasi lain-lain.

 

Disebabkan oleh permintaan prosedur estetik yang semakin meningkat di Malaysia, dan juga pertambahan laporan dan aduan mengenai kesan buruk prosedur estatik yang dilaksanakan oleh pengamal perubatan yang tidak berdaftar atau orang selain pengamal perubatan termasuk kecacatan dan kematian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui bahawa terdapat risiko kepada orang ramai selagi perubatan estetik tidak dikawal selia. KKM selanjutnya merumuskan garis panduan atas amalan perubatan estetik sebagai panduan dan pertunjuk semasa dan berkaitan bertujuan untuk mengawal selia bidang perubatan estetik.

Panduan tersebut menyatakan bahawa perubatan estetik merupakan bidang perubatan khas dan pegamal perubatan berdaftar boleh meneruskan pendidikan selepas menyelesaikan latihan perubatan dan khidmat wajib yang diwajibkan oleh KMM. Seorang “pengamal perubatan berdaftar” adalah ditakrifkan sebagai pakar perubatan atau doktor yang berdaftar dan mempunyai sijil pengamalan yang sah di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]. KMM menuntut bahawa doktor perlu membuktikan kecekapan dalam bidang perubatan estetik dan juga melalui penilaian yang ketat sebelum satu “Letter of Credentialing and Privileging” (LCP) akan diisukan membenarkan doktor tersebut untuk mengamal dalam bidang perubatan estetik.

Perubatan Estetik di Malaysia - LCP

Pada masa kini, terdapat banyak klinik perubatan estetik di Malaysia yang dikendalikan oleh doktor perubatan estetik berdaftar dan kualiti prosedur estetik semakin meningkat. Maka, jika anda sedang menimbang untuk mendapatkan rawatan estetik atau mempunyai minat dalam apa-apa prosedur estetik, sila pastikan bahawa pengamal tersebut adalah berdaftar dan disahkan oleh KKM. Jangan takut untuk bertanya kepada doktor tersebut jika ada apa-apa keraguan.  

Sebagai alternatif, anda boleh memeriksa status pendaftaran doktor di laman web Malaysian Medical Council.

Perubatan Estetik Malaysia | Cara untuk membezakan kliik berdaftar daripada pusat kecantikan

Ia bukannya mudah untuk membezakan klinik perubatan estetik daripada pusat kecantikan. Salah satu sebab adalah kerana kebanyakan klinik perubatan estetik tidak mengguna reka bentuk papan tanda yang biasa orang ramai mengaitkan dengan klinik. Selain itu, banyak pusat kecantikan menggunakan perkataan seperti “doc”, “medical”, “laser” dan “aesthetic” dalam nama jenama mereka. Terdapat juga sesetengah doktor yang memilih untuk membuka pusat kecantikan supaya mereka tidak perlu mematuhi dengan peraturan tegas dan juga mengelakkan pemantauan oleh KKM. Satu tip mudah untuk menentukan bahawa premis tersebut adalah klinik berdaftar ataupun pusat kecantikan ialah dengan memerhati papan tanda premis tersebut. Untuk klinik berdaftar, anda akan memerhati perkataan “klinik” atau “clinic” atas sudut kiri atas papan tanda. Premis yang didaftar sebagai pusat kecantikan akan mempamerkan perkataan “pusat kecantikan” atau “beauty centre” atas sudut kiri atas papan tanda.

 

Sumber: google

 

Sumber: google

 

Sumber: google

 

Sumber: google
 
Perubatan Estetik Malaysia | Manfaat memilih klinik perubatan estetik.

Sesetengah pelanggan sering bertanya tentang manfaat melawat klinik Perubatan Estetik berdaftar untuk prosedur perubatan estetik. Kemungkinan besar pusat kecantikan dapat menawarkan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Kami di MalaysiaAesthetic.com mengesyorkan dan mencadangkan supaya pelanggan mendapatkan prosedur estetik di klinik berdaftar kerana:

  1. Premis klinik adalah di bawah pemantauan secara beterusan oleh KKM bagi memastikan standard amalan.
  2. Klinik biasanya dijalankan oleh doktor perubatan estetik yang disahkan. Malah, ia adalah haram di sisi undang-undang untuk doktor berdaftar menawarkan perkhidmatan di luar premis klinik yang didaftar.
  3. Klinik adalah dilengkapi dengan mencukupi untuk mengendalikan apa-apa komplikasi yang berlaku disebabkan oleh prosedur perubatan estetik.
  4. Produk-produk yang digunakan oleh klinik berdaftar ialah produk yang telah didaftarkan dengan pihak berkuasa berkenaan.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila bertanya dengan pekerja di kaunter hadapan ataupun pengamal untuk memastikan bahawa premis tersebut adalah klinik perubatan estetik ataupun pusat kecantikan. Terdapat banyak Klinik Perubatan Estetik terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Baharu. Pastikan anda pilih yang terbaik untuk anda.  

Rujukan:
  1. Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Perubatan Estetik di Malaysia , dinilai pada 2 Ogos 2018
  2. Klinik estetik terkemuka di Malaysia
Top